Khayalan Jumaat…..

Lari lari kakiku lari…
Titisan embun menitis pipi
Pergi tiada kembali…
Angin hembusan pagi

Nafas..adakah dikau masih berada?
Pertama kali kita bertemu disana
Rindu mengamati hatiku
Hela hela aku biarkan

Sentuhan lalang di jari manisku
Sentuhan pasir di hujung tapakku
Sinaran suam lepasi mataku

Sayu sayu jeritan kecilku
Sepi sepi dalam fikiran ku
Adakah dikau mungkin kembali
Mungkin tidak mungkin ya…

Lalu kau pulang
Bukan bersamaku…..
Bingung aja kau buatku
Serabut dibuatku…

Jejak kaki ulang kembali
Di tempat dikau bersepi
Hatiku bertaut hatimu
Harapan untuk ketemu…
Bukan tentuanku….

 

Inspirasi buat semata-semata…